Berikut Makna 20 Sifat Allah SWT yang Wajib Kita Ketahui

- 3 Februari 2023, 14:44 WIB
20 sifat Allah yang wajib diketahui orang Islam
20 sifat Allah yang wajib diketahui orang Islam /Pixabay/john1cse

MEDIA PAKUAN - Sifat-sifat Allah Ta'ala yang wajib kita ketahui berjumlah 20 sifat, ini sangat penting untuk kita ketahui sebagai hamba Allah yang beriman.

Berikut ini 20 sifat Allah yang wajib kita ketahui beserta maknanya.

1. Wujud

Wujud Allah wajib ada

Wujud kita harus sahaja

Wujud Allah dapat dirasa 

Namun ia tak dapat diduga.

2. Qidam

Ada Allah, tiada mula

Sejak azali, Dia sedia

Ada kita diciptakanNya

Dari tiada kepada ada.

Baca Juga: Wajib Tahu! Berikut Hukum Menyelipkan Uang atau Barang Dalam Mushaf Al-Qur'an

3. Baqa

Ada Allah, kekal sentiasa

Tiada yang mengubahNya

Ada kita binasa akhirnya

Datang dariNya, pulang kepadaNya.

4. Mukhalafatu lilhawadisi

Ada Allah, tiada serupa

Tak berbentuk dan berupa

Tak bertempat di mana jua

Tidak takluk pada masa.

5. Qiamuhu binafsihi

Ada Allah, sendiri sahaja

Tak berhajat pada apa jua

Cukuplah Dia dengan DiriNya

Bahkan kita yang perlu padaNya.

6. Wahdaniyyah

Ada Allah, Esa sahaja

Tidak berbilang apa pun jua

Tidak bersusun dari apa-apa

Anak tiada bapa pun tiada.

Baca Juga: Wajib Tahu! Berikut Ini Hukum Puasa Sunnah di Bulan Rajab Berdasarkan Empat Madzhab

7. Qudrah

Ada Allah, Pemilik Kuasa

Kita hanya dikuasa jua

Kuasa Allah tiada terkira

Kuasa kita terbatas jua.

8. Iradah

Ada Allah, Kehendak MilikNya

Kehendak kita kehendakNya jua

Tiada yang dapat mengatasiNya

Pasrahlah kita kepadaNya.

9. Ilmu

Ada Allah, Ilmu MilikNya

Kita jahil tak tahu apa-apa

Dialah yang Maha Bijaksana

Semua takdirNya elok belaka.

10. Hayat

Ada Allah, Hayat MilikNya

Tidak mati mahupun binasa

Dialah yang kekal jua

Lemahlah kita tiada berdaya.

Baca Juga: Bagaimana Hukum Orang Islam yang Ikut Merayakan Tahun Baru Masehi? Berikut Penjelasannya

11. Sama

Ada Allah, Dengar MilikNya

Tiada apa yang sunyi dariNya

Tiap kata didengarNya jua

Maka berwaspadalah kita.

12. Basyor

Ada Allah, Lihat MilikNya

Tiada dapat selindung dariNya

Zahir batin dilihatNya jua

Baik buruk pasti dihitungNya.

13. Kalam

Ada Allah, Kata MilikNya

Kita makhluk kelulah jua

Tiada kata seindah KataNya

Al-Quran itu pengzahirannya.

14. Kaunuhu Ta'ala Qadiran

Ada Allah, Pemilik Kuasa

Kita hanya dikuasa jua

Kuasa Allah tiada terkira

Kuasa kita terbatas jua.

Baca Juga: Waspada, Berikut Ini Hukum Mencukur, Mencabut, dan Menyulam Bulu Alis Sesuai Hadist Rasulullah SAW

15. Kaunuhu Ta'ala muridan

Ada Allah, Kehendak MilikNya

Kehendak kita kehendakNya jua

Tiada yang dapat mengatasiNya

Pasrahlah kita kepadaNya.

16. Kaunuhu Ta'ala Aliman

Ada Allah, Ilmu MilikNya

Kita jahil tak tahu apa-apa

Dialah yang Maha Bijaksana

Semua takdirNya elok belaka.

17. Kaunuhu Ta'ala hayyan

Ada Allah, Hayat MilikNya

Tidak mati mahupun binasa

Dialah yang kekal jua

Lemahlah kita tiada berdaya.

18. Kaunuhu Ta'ala Sami'an 

Ada Allah, Dengar MilikNya

Tiada apa yang sunyi dariNya

Tiap kata didengarNya jua

Maka berwaspadalah kita.

Baca Juga: Kisah Lelaki Nashrani yang Memeluk Islam Setelah Melihat Sikap Rasulullah SAW yang Bijaksana

19. Kaunuhu Ta'ala Bashiron 

Ada Allah, Lihat MilikNya

Tiada dapat selindung dariNya

Zahir batin dilihatNya jua

Baik buruk pasti dihitungNya.

20. Kaunuhu Ta'ala Mutakaliman

Ada Allah, Kata MilikNya

Kita makhluk kelulah jua

Tiada kata seindah KataNya

Al-Quran itu pengzahirannya.

Semoga bermanfaat.***

 

Editor: Popi Siti Sopiah


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x