MEDIA PAKUAN - Sifat-sifat Allah Ta'ala yang wajib kita ketahui berjumlah 20 sifat, ini sangat penting untuk kita ketahui sebagai hamba Allah yang beriman.
Berikut ini 20 sifat Allah yang wajib kita ketahui beserta maknanya.
1. Wujud
Wujud Allah wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud Allah dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.
2. Qidam
Ada Allah, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.
Baca Juga: Wajib Tahu! Berikut Hukum Menyelipkan Uang atau Barang Dalam Mushaf Al-Qur'an
3. Baqa
Ada Allah, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.
4. Mukhalafatu lilhawadisi
Ada Allah, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.
5. Qiamuhu binafsihi
Ada Allah, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.
6. Wahdaniyyah
Ada Allah, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.
Baca Juga: Wajib Tahu! Berikut Ini Hukum Puasa Sunnah di Bulan Rajab Berdasarkan Empat Madzhab
7. Qudrah
Ada Allah, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa Allah tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.
8. Iradah
Ada Allah, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.
9. Ilmu
Ada Allah, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.
10. Hayat
Ada Allah, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.
Baca Juga: Bagaimana Hukum Orang Islam yang Ikut Merayakan Tahun Baru Masehi? Berikut Penjelasannya
11. Sama
Ada Allah, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.
12. Basyor
Ada Allah, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.
13. Kalam
Ada Allah, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.
14. Kaunuhu Ta'ala Qadiran
Ada Allah, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa Allah tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.
Baca Juga: Waspada, Berikut Ini Hukum Mencukur, Mencabut, dan Menyulam Bulu Alis Sesuai Hadist Rasulullah SAW
15. Kaunuhu Ta'ala muridan
Ada Allah, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.
16. Kaunuhu Ta'ala Aliman
Ada Allah, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.
17. Kaunuhu Ta'ala hayyan
Ada Allah, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.
18. Kaunuhu Ta'ala Sami'an
Ada Allah, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.
Baca Juga: Kisah Lelaki Nashrani yang Memeluk Islam Setelah Melihat Sikap Rasulullah SAW yang Bijaksana
19. Kaunuhu Ta'ala Bashiron
Ada Allah, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.
20. Kaunuhu Ta'ala Mutakaliman
Ada Allah, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.
Semoga bermanfaat.***