Penuh Hikmah! Berikut Kisah Seorang Ahli Ibadah yang Mati Dalam Keadaan Kafir

- 25 Januari 2023, 19:42 WIB
Ilustrasi - kisah seorang ahli ibadah yang mati dalam keadaan kafir
Ilustrasi - kisah seorang ahli ibadah yang mati dalam keadaan kafir /Tangkap layar YouTube.com/Kalam Ilahi

Ketika Barsisa dinaikkan ke atas tiang salib, syaitan datang bertanya.
“Adakah kau kenal aku?”
“Tidak”. Jawab Barsisa pendek.
“Akulah temanmu yang mengajar engkau doa-doa, maka aku perkenankan permintaanmu. Alangkah celakanya engkau. Engkau tidak malu kerana mengkhianati amanah yang dipertaruhkan kepadamu. Sesungguhnya aku sangka engkau adalah orang yang paling patuh dan taat perintah Tuhan dari kalangan Bani Israil. Kau tidak malu. Akulah yang menipu engkau.”. Si syaitan menyambung.

“Kau sekarang akan menjalani hukuman mati. Tidak ada seorang pun yang boleh menyelamatkan engkau… tetapi aku boleh melakukannya.”

“Apa yang patut kau lakukan.” Harapan Barsisa kepada syaitan.
“Berikan aku satu percubaan terakhir supaya aku boleh selamatkan kau daripada kesengsaraan ini. Aku akan dapat menutup pandangan mereka dan mengeluarkan kau dari tempatmu.” Jawab Syaitan.

“Apa dia” Tanya Barsisa lagi.
“Engkau sujud kepadaku.”
“Baik. Aku akan lakukan.” Barsisa berjanji akan sujud.

Ketika sujud iblis berkata, “Inilah yang aku mahukan darimu selama ini. Iaitu mengajak kau menjadi kafir. Kau akan menanggung akibat perbuatanmu dan aku takut kepada Tuhan.” Lalu iblis pun meninggalkan Barsisa.

Baca Juga: Jangan Keliru! Nasihat Imam Al-Ghazali Tentang Pertemanan yang Harus Kamu Ketahui

Ketika itu juga Barisa menerima tikaman tombak dan panah. Ia mati dalam keadaan kafir.

Demikianlah kesudahan seorang ahli ibadah yang telah menghabiskan masa hampir 80 tahun dengan beribadah sahaja dan tidak pernah melakukan maksiat akhirnya berjaya ditewaskan oleh iblis laknatullah.

Kisah ini diambil dari buku Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah oleh Tuan Guru Prof. Dr Haron Din dan Dr. Amran Kasimin cetakan tahun 1990 (buku ini tiada lagi di pasaran setelah digantikan dengan cetakan tahun 1997 - cetakan 1997 ini tidak lagi mencatatkan kisah Barsisa ini).

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita hingga ke akhir hayat.
Wallahu'alam, semoga bermanfaat.***

Halaman:

Editor: Popi Siti Sopiah


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah