Penuh Hikmah! Berikut Kisah Seorang Ahli Ibadah yang Mati Dalam Keadaan Kafir

- 25 Januari 2023, 19:42 WIB
Ilustrasi - kisah seorang ahli ibadah yang mati dalam keadaan kafir
Ilustrasi - kisah seorang ahli ibadah yang mati dalam keadaan kafir /Tangkap layar YouTube.com/Kalam Ilahi

Si Putih tetap mengajarnya ilmu tersebut. Kemudian ia beredar menemui iblis. Iblis berkata kepadanya bahawa Barsisa akan binasa.

Si Putih telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu mencekiknya. Kemudian ia datang menjelma dirinya berlagak seperti seorang yang pandai mengubati penyakit lalu menemui keluarga lelaki tersebut dan berkata.

“Saudara kamu kena rasuk hantu. Adakah kamu perlukan saya merawatnya?” Mereka semuanya menjawab mengatakan benar.
“Maaf, saya tidak berupaya mengubati sakitnya… tetapi, rasanya elok kalau saya tunjukkan seorang lelaki yang boleh mengubatinya dengan cara berdoa kepada Allah. Dia akan sembuh.” Si Putih mula membuat helah.

Lalu ia memberitahu Barsisa. Keluarga pesakit dengan segera menemui Barsisa dan memohon pertolongan daripadanya. Apabila Barsisa membaca doa yang diberi oleh iblis dahulu, maka penyakit pun sembuh.

Demikianlah halnya yang dilakukan oleh Si Putih kepada beberapa orang lain. Setiap kali melakukannya dan orang yang berkenaan sakit, ia akan menjelmakan dirinya dan memberitahu kepada keluarga pesakit ke mana seharusnya mereka pergi untuk mendapatkan pertolongan.

Akhirnya Si Putih pergi kepada seorang perempuan muda dari golongan ternama Bani Israil lalu menyeksa dan mencekiknya. Kemudian ia menjelmakan diri berlagak seperti seorang lelaki yang pandai mengubati penyakit lalu menemui keluarga perempuan tadi.

“Adakah saya perlu merawatnya.” Tanya Si Putih pura-pura.
“Ya”. Jawab mereka semua dalam kecemasan.

“Perempuan ini dirasuk syaitan. Sayangnya saya tidak berupaya hendak mengubatinya. Tetapi kalau tuan-tuan mahu, tuan-tuan boleh berjumpa dengan seorang lelaki yang banyak ilmu, dia boleh mengubati orang kena rasuk. Kamu bawa perempuan itu kepadanya. Bila ia sakit dirasuk syaitan dia akan berdoa kepada Allah dan pesakit akan sembuh.” “Bagaimana kita semua hendak berbuat demikian. Dia seorang lelaki ternama lagi tinggi martabatnya?” Tanya keluarga perempuan tersebut.

Baca Juga: Wajib Tahu! Memohon dengan Doa Ini Maka akan Dikabulkan oleh Allah SWT

“Itu mudah sahaja. Tuan-tuan boleh bina sebuah biara berhampiran dengan biaranya. Barsisa akan mengubatinya. Kalau dia enggan merawat, tinggalkan sahaja perempuan di biara. Sakitnya parah dan tidak mudah sembuh.” Si Putih memberi jalan.

Halaman:

Editor: Popi Siti Sopiah


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah