Kisah Nabi Daud yang Mengalahkan Tentara Jalut Hingga Mendapat Pangkat Kenabian

- 13 Februari 2023, 14:51 WIB
Ilustrasi Kisah Nabi Daud yang Mengalahkan Tentara Jalut Hingga Mendapat Pangkat Kenabian
Ilustrasi Kisah Nabi Daud yang Mengalahkan Tentara Jalut Hingga Mendapat Pangkat Kenabian /Sirah Nabawiyah/Denpasar Update

MEDIA PAKUAN - Selepas kewafatan Nabi Musa, orang Israel berkata kepada nabi mereka (tidak dinyatakan nama nabi tersebut dalam Al Quran), supaya melantik raja yang dapat berperang di jalan Allah.

Nabi mereka berkata, adakah kamu akan berperang pada jalan Allah sekiranya diwajibkan berperang. Sudah pasti kami akan berperang kerana telah diusir dari kampung halaman kami. Namun hanya sebahagian kecil saja yang turun berperang.

Nabi mereka berkata, Allah telah memilih Talut sebagai raja mereka tetapi mereka mempersoalkan karena Talut tidak kaya raya seperti mereka dan berpengaruh. Allah memilih Talut kerana ilmu pengetahuan yang luas dan kegagahan tubuh badan.

 

Kemudian Allah menegaskan hanya Dialah yang layak memeberi kekuasaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas dan meliputi ilmuNya.

Baca Juga: Cegah Tergerus, Kuburan Baqi di Madinah Selalu Disiram Air: Lokasi di Padang Pasir

Nabi mereka berkata, bukti pemilihan Talut adalah kembalinya peti Tabut yang dibawa malaikat, yang mengandungi sesuatu peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun.

 

Dalam perjalanan berperang, Talut berkata Allah akan mnguji mereka dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum air sungai sepuas-puasnya adalah bukan pengikut Talut kecuali yang tidak minum atau hanya minum satu tegukan dengan tangannya saja.

Hanya sebahagian kecil saja yang berjaya dengan ujian itu dan berperang dan dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah.
Nabi Daud membunuh Jalut dan Allah memberi kuasa pemerintahan dan hikmah (kenabian).

Pengajaran:

 

Baca Juga: Sedih dan Terenyuh! Jamaah Ini Menangis Sambil Menghadap Jabal Rahmah: Kenapa?

1. Sikap bani Israel yang suka meminta-minta tetapi tidak ikhlas kerana Allah Ta'ala.
2. Ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan menjadi kriteria terpenting sebagai pemimpin berbanding harta kekayaan.
3. Jangan mempersoalkan hukum-hukum atau arahan Allah dan Rasul kerana ilmu Allah itu luas.
4. Ujian dari Allah adalah penapis sifat negatif dan keburukan dalam diri kita.
5. Kejayaan dan kemenangan bukan dari kehebatan kita tetapi semuanya dengan izin Allah Ta'ala.
6. Tumbuhkan sabar kerana sabar adalah syarat mendapat pertolongan Allah Ta'ala
7. Kuasa, pangkat dan harta yang diridhai Allah adalah untuk orang yang bertakwa.

Wallahu'alam, semoga bermanfaat.***

Editor: Popi Siti Sopiah


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x