MEDIA PAKUAN - Sebuah kisah yang menunjukan kelembutan dan kasih sayang Rasulullah shalallahu alaihi wasallam kepada semua makhluk hidup termasuk hewan.
Yaitu kisah dimana seekor unta yang mengadu akan nasibnya kepada Rasulullah shalallahu alaihi wasallam yang dimana ia sangat kelaparan dan kehausan.
Imam Abi Dawud rahimahullāh meriwayatkan dengan sanadnya hingga Sayyiduna 'Abdullah bin Ja'far bin Abi Talib radiyallāhu 'anhu bahawa pada suatu hari Rasulullah.
Membonceng tunggangan beliau maka dalam perjalanan Rasulullah menyatakan sesuatu kepada beliau agar beliau tidak mengatakan apa-apa kepada sesiapa pun.
Lalu mereka berhenti di suatu tempat berhampiran dengan sebuah kebun kurma dan Rasulullah pergi menyelesaikan keperluan Baginda dalam keadaan Baginda terselindung tidak dilihat sesiapa pun.
Baca Juga: 34 Nama Pemain Timnas Indonesia yang akan di Bawa oleh Shin tae Yong pada Pemusatan Latihan di Eropa
Maka apabila mereka memasuki kawasan kebun tersebut maka tiba-tiba muncul seekor unta yang berlinangan air matanya, dan membuat bunyian seakan merintih, mendekati Rasulullah.
Lalu Baginda pun mendekatinya
dan mengusap bahagian kepalanya sehingga unta tersebut kembali diam dan tenang, lalu Baginda bertanyakan orang-orang di sekeliling, milik siapakah unta tersebut? Lalu seorang sahabat pemuda Ansar menyahut;
"Kepunyaanku ya Rasulullah !"
Lalu Baginda bersabda;
"Tidakkah engkau merasa takut kepada Allah yang telah mejadikan unta ini milikmu? Sesungguhnya unta tersebut mengadukan kepadaku bahawa engkau tidak memberikannya makanan yang cukup dan membebaninya lebih daripada kemampuannya sehingga ia kepenatan!"
Dari kisah ini bisa dilihat bahwa Rasulullah memiliki sifat mulia dan berkasih sayang terhadap semua makhluk ciptaan Allah SWT.***