MEDIA PAKUAN - Usman Bin Affan radiallahu anhu merupakan salah satu sahabat Rasulullah shalallahu alaihi wasallam yang sangat setia terhadap Rasulullah.
Kecintaan Usman Bin Affan terhadap Rasulullah shalallahu alaihi wasallam juga amat dalam, begitupun sebaliknya. Rasulullah sangat mencintai Usman Bin Affan.
Berikut ini beberapa kata-kata hikmah dari Usman Bin Affan radiallahu anhu yang bisa kita jadikan renungan hidup.
1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
- Usman Ibn Affan r.a.-
Wallahu'alam, semoga bermanfaat.***