MEDIA PAKUAN - Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah telah ditanya muridnya, Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka.
Lalu beliau bertanya,”Seperti apa? Contohnya?” Lalu Abu Hamid al-Khulqani mendendangkan syair ini. Usai dua kalimat pertama Imam Ahmad terus menangis terisak-isak dan segera masuk ke dalam rumahnya.
Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.
Baca Juga: Jangan Disepelekan, Berikut Ini 7 Manfaat Diam Sesuai Hadist Rasulullah SAW
إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟
وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني
Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku: Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?
فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟
Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya dan siapalah yang boleh mempertahanku?
أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Aku sentiasa mendamaikan perasaanku dengan harapan-harapan dari detik ke detik sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian, apalah yang cukup untukku