Kisah Nabi Sulaiman Mencari Kubah Ajaib Dengan Bangsa Jin, Menakjubkan! MEDIA PAKUAN - Pada suatu hari Nabi A

- 28 September 2022, 17:28 WIB
Kisah Nabi Sulaiman Mencari Kubah Ajaib Dengan Bangsa Jin,
Kisah Nabi Sulaiman Mencari Kubah Ajaib Dengan Bangsa Jin, /Foto tangkapan layar /https://www.youtube.com/watch?v=p75gqWh2HKc

MEDIA PAKUAN - Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.

Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa.

Baca Juga: BSU Tahap 2 Tetap Disalurkan Bagi Pekerja yang Tidak Punya Rekening, Ini Daftar Kategori Penerimanya

Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.

Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut.

Baca Juga: Paling Direcomended! Daftar Harga Kamera DSLR Canon Terbaru hingga Termurah September 2022 Ini

Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Halaman:

Editor: Ahmad R

Sumber: Media Pakuan


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x